#MYCYBERSALE2015

Sebentar tadi telah berlangsungnya sebuah majlis pelancaran #MYCYBERSALE2015 .

Apa sebenarnya #MYCYBERSALE2015 ni? Ok, #MYCYBERSALE2015 adalah sebuah "jualan murah" atau "mega sale" secara online yang akan berlangsung buat kali kedua bermula pada 28 September sehingga 2 Oktober 2015

Dengan memperkenalkan Neelofa dan Yumi Wong selaku jurucakap selebriti, #MYCYBERSALE2015 adalah sebuah usaha kerajaan didalam meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga online. sistem e-dagang atau perniagaan secara online adalah penyumbang yang sangat penting kepada industri digital dan e-tailing sedang berkembang dengan sangat pesat di dalam industri ini. Didalam masa yang sama, agenda ini bertujuan untuk meningkatkan persaingan didalam bidang pelaburan dengan cara yang lebih sihat dan efektif. 



Menurut Dato' Yasmin, CEO Multimedia, Malaysia adalah antara negara yang sedang berkembang maju didalam bidang e-dangang di serantau ASEAN. 80% daripada rakyat Malaysia dikatakan menggunakan sistem atas talian/online untuk membeli sebarang produk sama ada dari dalam atau luar negara. 26% daripada mereka melakukan sekurangnya 1 transaksi atas talian sepanjang 1 minggu, dan yang selebihnya melakukan sekurang-kurangnya 1 kali pembelian atas talian sepanjang 1 bulan. 




#MYCYBERSALE2015  telah menghimpunkan sebanyak 400 peniaga (40% peningkatan dari tahun 2014) atas talian dari dalam dan luar lembah klang termasuk Sabah dan Sarawak. Beberapa nama baru seperti Agro Bazar turut menyertai festival pada tahun ini. Tawaran ekslusif sehingga 90% diskaun ke atas pakaian dan produk dari pelbagai jenama menanti para pembeli sepanjang 5 hari yang akan bermula dari 28 September sehingga 2 Oktober. 




MyDEC turut memberikan kemudahan kepada para pembeli dengan memperkenalkan sebuah aplikasi khas yang dinamakan #MYCYBERSALE yang boleh didapati di Android dan Appstore. MyDEC menganggarkan peningkatan sebanyak 50% keuntungan dari tahun 2014 (RM100 Juta) yang bakal diperolehi daripada #MYCYBERSALE2015 pada tahun 2015. 





No comments:

Post a Comment